Sub-Tajuk:Makanan Yang Sesuai dan Tidak Sesuai Dimakan.
Maksud makanan berkhasiat.
Makanan yang mengandungi pelbagai zat dan vitamin yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan kesihatan.
Senarai sumber makanan berkhasiat.
i) Pengambilan makanan berkhasiat dapat memastikan tubuh badan dan otak kita dapat menerima nutrien yang mencukupi bagi membolehkan otak berfungsi dengan baik.
ii) Karbohidrat, protein, vitamin, lemak, bijirin dan lain-lain.
iii) *Karbohidrat seperti nasi, mee, bihun, ubi, roti, jagung dan lain-lain.
* Protein seperti ikan, daging, telur, ikan bilis dan sebagainya.
* Vitamin seperti mangga, nanas, pisang, lobak, kubis, bayam dan sebagainya.
*Lemak seperti santan, minyak, planta, lemak haiwan, kelapa dan lain-lain.
*Bijirin seperti pelbagai jenis kekacang.
Kenal pasti makanan yang tidak berkhasiat.
i) Makanan yang tidak mengandungi sebarang zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan otak.
ii)Makanan yang mengandungi perasa dan pewarna tiruan.
iii)Makanan ringan seperti Twissty, Ring, gula-gula, gula-gula getah dan lain-lain.
Kesan pengambilan makanan yang berkhasiat.
i) Pertumbuhan badan yang baik.
ii) Badan sentiasa sihat.
iii)Pertumbuhan otak yang baik.
iv)Bebas dari pelbagai penyakit kronik seperti kanser, kencing manis dan sakit jantung.